Sunday, 16 October 2016

PRODUK FAKE?TIRUAN?


Jangan Terpedaya dengan Fitnah 

Siapa mereka? 
Pihak yang berselindung di sebalik page fb,blog,website,tetapi tidak menonjolkan diri

+ Mereka buat iklan fb ads,iklan di google,malah iklan di web-web terkenal termasuklah Youtube khas untuk menjatuhkan produk orang lain

+ Kenapa anda harus meyakini kami,dan bukan pihak yang memfitnah? 
* Kami mempunyai identiti dan tidak bersembunyi
* Produk kami mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa
* Dalam proses mendapatkan kelulusan KKM 
* Memaparkan nama syarikat dengan jelas

Persoalannya? 

+ Jika benar produk kami tiruan,apa buktinya?Kenapa tidak ada tindakan yang diambil
+ Logikkah pemfitnah berpindah randah supaya tidak dapat dikesan,bersembunyi,blocked owner produk yang difitnah di fb dan whatsapp serta menolak untuk bertemu? Boleh berikan sebab? 
+ Kami boleh berikan apa sahaja maklumat yang diminta,tetapi mereka tidak,anda mahu percayakan siapa? 
+Awas,mereka bijak mempermainkan nama agama dan membuatkan anda percaya mereka betul,malangnya tiada pengedar produk berkenaan yang mengenali pengasas mereka apatah lagi nama syarikatnya.Jika ada nama syarikatnya,sila Google supaya anda tahu kebenarannya dan apa isu yang mereka pernah hadapi.

Tepuk dada tanyalah diri sendiri 

Nilailah dari mata hati 

Kami terpaksa memberi penerangan kerana terlalu banyak salah faham dan kekeliruan oleh pengguna.

Pastikan ada logo MHAM,itulah produk keluaran syarikat kami.Kami hanya akan menggunakan hologram meditag dari KKM sahaja nanti,bukan hologram tempah.

Kenyataan rasmi dari pihak, 
Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd 
Mohd Selodi Md Ghazali
Nor Fazilah Abd Mohd 
Founder of Minyak Herba Asmak & Bedak Asmak 
Website : Penawarasma.com.my


Tuesday, 11 October 2016

ASMA DAN SUKAN...

Ada Asma, Masih Boleh Bersukan Ke?
Bila dilihat, asma dan aktiviti sukan nampak macam tak boleh duduk semeja, baring sekatil. Tak kena pada pandangan logik di mata kita. Tak takut sesak nafas ke semasa bersukan?
.
Tapi, anda silap.
.
Ada ramai ahli sukan yang mempunyai asma walaupun mereka aktif bersukan. Malah, ada antara mereka yang berjaya memecahkan rekod walaupun hidup dengan kekurangan tersebut. Siapakah mereka?
.
  • Jackie Joyner-Kersee – Beliau merupakan seorang pemain bola jarring yang terkemuka. Beliau memenangi 3 pingat emas dan 1 perak walaupun ketika itu jurulatihnya tidak tahu mengenai asma yang dihidapi.

  • Amy Van Dyken – Beliau adalah seorang atlet renang, sukan yang memerlukan atletnya menahan nafas. Nampak macam mustahil kan? Namun Amy berjaya memenangi 6 pingat emas di dalam 2 sukan olimpik yang berasingan.

  • Tom Dolan – Kes Tom adalah lebih unik berbanding yang lain. Beliau mempunyai salur pernafasan yang agak cacat, iaitu sempit. Namun, sukan renang yang diceburinya adalah sukan yang paling berjaya.

  • Paula Radcliffe – Asma ketika berumur 14 tahun tidak menghalang Paula meneruskan minatnya dalam sukan marathon. Dalam sejarah, beliau telah menyertai 4 sukan olimpik dan memenangi emas pada tahun 2005.

  • Jerome Bettis – seorang atlet American football yang terkenal. Siapa yang rajin menonton sukan ini, mesti tahu mengenai jenis gerakan yang perlu ada dalam sukan ini – semua laju dan memenatkan!

.
Kesimpulannya, asma bukanlah titik noktah bagi mereka untuk bersukan. Dengan langkah yang bijak dan mengikut nasihat doktor, mereka boleh mencapai lebih dari orang lain.

Saturday, 8 October 2016

CARA SEMULAJADI HALAU NYAMUK

Cara Semulajadi Untuk Halau Nyamuk Dari Tempat Tidur Anak.
Nyamuk di dalam rumah memang jadi masalah besar, lagi-lagi jika ada anak kecil di rumah. Silap-silap kita pun tak tidur malam jadinya. Nak guna ridsect, risau pula kut-kut ada kesan jangka masa panjang kepada kesihatan kita. Tak semua bahan kimia tu selamat.
.
Nak halau nyamuk dengan semulajadi ada beberapa cara. Di bawah ni adalah antara cara-caranya.
.
Hirisan kulit limau – Nyamuk memang anti dengan aroma yang keluar dari kulit limau. Hiris dan bungkus dalam kain berjaring seperti bunjut, dan gantung di tempat yang sinonim dengan nyamuk. Contohnya di bawah kalit atau celah almari.

Kapur barus – Perasan tak, almari yang diletak ubat gegat atau kapur barus, biasanya nyamuk tak berani masuk. Jadinya, ambil kapur barus dan letak di tempat yang strategic.

Ais kering – Cara ini agak memakan masa, tapi sangat efektif. Nyamuk tertarik dengan gas karbon dioksida yang kita hembus dari nafas. Ambil ais kering yang diletak di dalam bekas dan letakkan bekas tersebut di satu tempat yang jauh dari tempat tidur. Seeloknya, letakkan 2-3 jam sebelum waktu tidur.
.
Selamat mencuba!
.
.