Friday, 20 January 2017

5 MITOS TERBESAR MENGENAI ASMA

Assalamualaikum..apa khabar?? moga-moga kita semua sentiasa dalam perlindungan-Nya..aminn 😊


Anda semua tahu tak sebenarnya terdapat 5 mitos terbesar mengenai penyakit asma yang sangat popular dan selalu berlegar-legar di dalam masyarakat kita..haa mana-mana yang tak tahu lagi tu jom kita tengok satu persatu


1. Asma Hanyalah Penyakit Psikologi
Ada ramai orang (terutamanya pengamal rawatan tradisional) yang berpendapat bahawa asma hanyalah penyakit yang berkaitan minda sahaja. Maksudnya, kalau berhenti berfikir pasal asma, boleh terus sembuh. Itu salah! Asma adalah penyakit berkaitan salur pernafasan, dan perlu rawatan.


2. Diet Susu Boleh Melegakan Asma
Dahulu pernah popular bahawa susu soya boleh melegakan asma. Tapi kajian yang diterbitkan pada 25 May 2015 menyatakan tiada bukti susu soya boleh menyumbang kepada kelegaan asma.


3. Ubat Asma Semakin Lama Semakin Tak Berkesan
Salah! Semakin lama ubat digunakan, semakin efektif untuk melegakan asma, kerana badan mengambil masa yang lama untuk “bekerjasama” dengan ubatan.


4. Ada Asma, Tak Boleh Bersenam
Ini pun tak tepat juga kerana senaman ada bermacam-macam jenis. Pilih yang sesuai dengan tahap asma masing-masing. 


5. Asma Semakin Elok Bila Umur Meningkat
Tak semestinya kerana ia banyak bergantung kepada rawatan yang anda ambil. Tapi memang ada kes terpencil di mana ada yang sembuh apabila menginjak dewasa.


Ermmm akak2 abang2 kat luar sana yang ada asma tu usah risau yerr..jom cuba Minyak Herba Asmak..minyak yang diformulasi khas untuk asma, semput, batuk, selsema dan demam..in shaa Allah diberi kesembuhan dengan izin-Nya..sebarang pertanyaan lanjut boleh la hubungi ⇓⇓⇓


Okayy setakat ni jela dulu untuk kali ni..jumpa lagi next3 entri yee..moga perkongsian ni memberi manfaat kepada semua..assalamualaikum..byeeee..😘😍





Friday, 6 January 2017

KISAH YANG MENYENTUH HATI- MISKIN VS KAYA

Video yg sangat menyentuh hati..
Tiada manusia ingin dilahirkan susah..
Setiap manusia ingin yang terbaik untuk diri dan keluarga...

NAMUN...
Setiap manusia berbeza nasib dan takdirnya..
manusia hanyalh merancang dan berusaha...
ALLAH jualah yang menentukan...

INGATLAH..
takkan ada si kaya jikalau tiada si miskin...
takkan ada pemborong jikalau tiada nelayan dan petani...
takkan ada usahawan jikalau tiada pelanggan dan pembeli...

SEMUANYA adalah keseimbangan ditetapkan Allah..
masing-masing haruslah bersyukur apa yang ada...

Moralnya, jangan sesekali memandang rendah orang lain..
Barangkali dia lebih baik daripada kita..

Kredit video:MHAMSB

Sunday, 1 January 2017

HI HI TAHUN 2017..BYE BYE 2016....

Belum terlambat lagi rasanya...Bak kata omputih..Better late than never..hihih

Team MHAMSB mengucapkan selamat tahun baru 2017...
Moga hari mendatang lebih baik daripada sebelumnya...
Moga terus sukses semua...

Moga amalan kita semua dicatat sebagai amalan soleh dan baik...