Monday, 8 May 2017

UJIAN VS HUKUMAN

Setiap dari kita tidak akan terlepas dari ujian..itulah yang dinamakan KEHIDUPAN..Allah mendatangkan ujian dalam pelbagai bentuk..malahan, kenikmatan itu sendiri adalah satu ujian yang lagi hebat.

Pelbagai ujian yang menyakitkan inilah yang sangat banyak menuntut kita bukan hanya untuk bersabar berdepan dengan ujian itu tetapi mendidik hati untuk lebih terbuka melihat setiap ujian ke atas diri kita, kerana apa yang lebih benar, setiap ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah terhadap setiap hamba.


Ujian itu mendekatkan kita dengan Allah, bukan sebaliknya..lapangkanlah hati, kuatkan jiwa dan luaskan perasaan saat kita menerima apa juga ujian Allah kerana setiap ujianNya tidak diberi secara sia-sia melainkan ada hikmah yang tersembunyi.

Ingatan ikhlas: MHAMSB

No comments:

Post a Comment